GEMAS, 24 FEBRUARI 2011 - Satu program Kursus Pembantu Warder Penjara bagi Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan peringkat 3 Div telah dilaksanakan bermula 17 Januari 2011 sehingga 28 Januari 2011. Kursus ini diadakan di Bn Ke 14 RAMD, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Seramai 102 anggota di bawah unit-unit 3 Divisyen telah menyertai kursus ini. Secara amnya, tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi mendedahkan kepada penuntut tentang penugasan sebagai pembantu warder penjara. Di dalam kursus ini juga, penuntut telah diajar berkenaan dengan perundangan di bawah Akta Penjara 1995 dan Perundangan Akta Angkatan Tentera 1972 secara am dan memahami tugas-tugas sebagai pengiring kepada banduan dan pembantu warder penjara. Tugas bagi seorang pembantu warder adalah selama 6 ke 9 bulan bagi 400 banduan atau orang yang diselia. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Kol Baharudin Bin Jamin, Pemerintah Garison Gemas di Dewan Makan, Batalion Ke-14 RAMD pada 28 Januari 2011.
Artikel dan Foto oleh: Staf Risik 14 RAMD
itu dia makluman yang ingin aku kongsikan...
aku akan menyertainya.. dari 5 Mac sehinggalah 16 Mac 2012
adakah aku akan jadi warder..??? tunggu dan lihat... huhuhuhu
ape pon... maklumat ni bulat2 aku copy dari link nie..
Sedikit maklumat
1. Jabatan Penjara Malaysia ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Penjara merupakan tempat di mana pesalah disabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan yang memiliki jentera dan kekuatan sumber manusia yang berkualiti serta proaktif dalam melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah disarankan.
2. Sejarah. Sewaktu pemerintahan British dan sehingga kedatangan Jepun, tempat-tempat hukuman dijalankan adalah di bawah tanggungjawab pemerintahan negeri dengan peraturan-peraturan masing-masing. Bagi Negeri-negeri Selat, seorang Penguasa yang ditempatkan di Singapura bertindak sebagai penyelia dengan membuat pemeriksaan ke negeri-negeri di bawah jajahannya.
Negeri-negeri Selat merupakan negeri-negeri yang awal sekali membangunkan penjara-penjaranya manakala Negeri-Negeri Melayu hanya membangunkan penjara-penjara setelah Britishmenubuhkan pentadbiran yang bertanggungjawab. Penjara Taiping atau lebih dikenaldikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara.
Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.
Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.
Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude".
Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pengurusan penjara bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.
Pada 2 November 1995 telah dikuatkuasakan Akta Penjara 1995 bagi menggantikan Akta Penjara lama. Pada 1 September 2000 pula telah dikuatkuasakan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 bagi menggantikan peraturan-peraturan terdahulu. Akta dan peraturan yang terdahulu telah lama digunakan dan wajar dibuat perubahan dan pembaharuan berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa bagi memperkemaskan jentera pengurusan dan pentadbiran institusi penjara.
3. Keselamatan
4.
Tanda pangkat
Jabatan Penjara Malaysia mempunyai 10 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam Penjara :-
|
Jumaat, 2 Mac 2012
Kurus Pembantu Warder
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan