Selasa, 22 Mei 2012

Tentang Bulan - part 4



Penduduk di bulan? 


Sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:

i. Kumpulan Al-Jin – semenjak tahun 16.4 Billion B.C. ii. Kumpulan Pertama Al-Bashar (Makhluk seakan-akan menyerupai manusia) – semenjak tahun 820 Juta B.C. iii. Kumpulan Kedua Al-Bashar – semenjak tahun 41 Juta B.C. iv. Kumpulan Ketiga Al-Bashar – semenjak tahun 2.2 Juta B.C.

[Nota: Al-Bashar (makhluk seakan-akan menyerupai manusia) dan Al-Insaan (manusia) dikategorikan dalam kumpulan yang sama iaitu An-Naas. Sebab itu kalau kita lihat di dalam Al-Quran terdapat 3 perkataan ini yang diterjemahkan sebagai manusia... sebenarnya mereka adalah kumpulan yang berbeza. Daripada segi fizikal serta kebolehan juga berbeza]

Nabi Adam (Bapa Al-Insaan) dan isterinya Hawa hanya turun ke Bumi sekitar tahun 102,000 B.C. Kebanyakan pendapat mengatakan Nabi Adam dan Hawa memulakan penghidupan di Bumi pada sekitar tahun 8,030 B.C. Di dalam posting yang lepas juga telah saya nyatakan yang saya tidak bersetuju tentang hal ini di atas sebab-sebab tertentu.

Mengapa saya perlu saya “recap” semula cerita ini? Ini ialah kerana hendak menerangkan apa sebenarnya yang ada di Bulan dan mengapa NASA acap kali melancarkan misi-misi Apollo mereka ke Bulan. NASA dan geng2 jahat ini juga sanggup membelanjakan banyak wang dan sumber mereka untuk mengada-adakan cerita sampingan serta pelbagai muslihat bagi menutup aktiviti2 sebenar mereka di Bulan (seperti yand dijelaskan di dalam Part 2 dan Part 3).

Kalau melihat sahaja foto yang saya sertakan untuk posting kali ini, saya pasti ramai akan segera memberikan pelbagai reaksi spontan. Bagi yang skeptik sudah tentu akan terbit ayat2 seperti... “Aduh... mengarut la... semua ni auta jer!!!” atau “Ape ke jadah la posting ni!!!”... atau... “Hahahah... dah gila agaknya penulis posting ni!!!” dan pelbagai lagi statement yang bersifat “rejection” atau penolakan.

Jika anda seorang yang skeptik... saya telah pohon berkali-kali di dalam Part 1 dahulu supaya anda jangan membaca langsung (Part 1 hingga Part 13) kerana bagi anda sudah tentu siri cerita begini dianggap dongeng dan bersifat imaginasi semata-mata.

Baiklah... balik semula kepada tujuan asal posting Part 4 ini. Kumpulan Pertama Al-Bashar mula bertapak di Bumi semenjak tahun 820 Juta B.C. sehinggalah pengusaan mereka di Bumi tamat pada Kumpulan Ketiga Al-Bashar sejurus sebelum Nabi Adam dan Hawa turun ke Bumi pada sekitar 102,000 B.C. Penghidupan mereka berbeza daripada penghidupan kita sebagai manusia (Al-Insaan). Ini disebabkan kebolehan fizikal dan mental mereka berbeza daripada kita Al-Insaan.

Dipendekkan cerita.... pada zaman Al-Bashar, mereka rata-ratanya mempelopori dua jenis teknologi seperti berikut:

i. Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

ii. Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi – Berlandaskan ilmu biologi tinggi, kajian dimensi dan spiritual.

Satu kebaikan di zaman Al-Bashar ialah mereka tiada langsung godaan syaitan kerena peranan syaitan untuk menyesatkan belum enter-frame lagi. Malah, Azazil (yang kemudiannya menjadi Lucifer a.k.a. Bapa Iblis) pada masa ini masih lagi menjadi satu makhluk yang amat kuat beribadat dan mempunyai status yang tinggi di kalangan Malaikat walaupun dia adalah daripada jenis Jin.

Perbezaan amalan teknologi yang berbeza ini telah membentuk dua negara yang besar dan hebat diberi nama Atalan dan Lamarakh.

[Nota: Cerita tentang dua negara hebat ini telah diubahsuai dan dijadikan modal untuk mengada-adakan cerita Atlantis dan Lemuria]

Atalan mengamalkan Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal manakala Lamarakh mengamalkan Teknologi Metafizik dan Inter-Dimensi. Pada mulanya kedua-dua negara ini tiada membenci di antara satu sama sehinggalah timbul satu isu yang besar sehingga mereka terjerumus ke dalam kancah peperangan yang hebat. Berlakulah pertumpahan darah yang dahsyat dan semua ini telah disaksikan oleh Malaikat dan Jin yang tidak terbabit di dalam peperangan tersebut.

Apakah isunya sehingga terjadi peristiwa berdarah ini? Tidak lain dan tidak bukan mereka berperang untuk menuntut hak mereka terhadap pengusaan Bulan. Apa la... pasal Bulan pun nak berperang... bagi dua jer Bulan tu tak boleh ke? Ya... jawapannya tak boleh kerana Bulan mempunyai satu kehebatan yang tiada taranya di mana kedua-dua negara mahu mengusai Bulan secara mutlak.... tiada kompromi bagi mereka di dalam hal ini. Selepas peperangan ini, kebanyakan Al-Bashar telah terhapus. Akan tetapi ada saki baki mereka yang selamat di mana keturunan mereka masih ada hingga kini... hidup bersama keturunan kita Al-Insaan. Apa yang tinggal di Bulan pula setelah semuanya hancur akibat peperangan besar ini? Yang tinggal hanyalah 18 buah piramid dan 81 kubah

Tentang Bulan - part 3


"Moon Project" 




Dalam Part 1 dan Part 2... kita dah kenal sedikit sebanyak siapa NASA dan tau beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini. Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:


1. Sebelum pelancaran Apollo 11, beberapa sesi penggambaran telah dijalankan di dalam studio khas. Tujuan penggambaran dibuat ialah bagi menyediakan footage (video dan audio feed) yang akan digunakan bagi menutup aktiviti sebenar misi Apollo 11. Misi-misi yang sebelum atau selepas misi ini pun menggunakan Modus Operandi (MO) yang sama.

2. Geng2 jahat ini telah lama tahu apa yang ada sebenarnya di Bulan semenjak beribu-ribu tahun lagi. Setelah berjaya melenyapkan ilmu2 dan maklumat2 ini daripada pengetahuan dunia, mereka bimbang sekiranya ia jatuh semula ke tangan orang2 yang bukan daripada golongan mereka. Mereka juga bimbang kalau2 ada negara-negara lain yang mungkin bergabung untuk pergi ke Bulan terlebih dahulu di dalam era baru ini menyebabkan mereka tidak boleh mengada-adakan cerita palsu seperti yang mereka sedang buat sekarang.

3. Pengwujudan NASA dan kawalan ekonomi dunia memastikan setiap misi ke Bulan atau angkasa lepas hanya boleh dilakukan secara eksklusif (Diorang jer yang boleh buat. Kalau ada orang lain nak buat, kena ikut syarat2 mereka... tu pun jarang2 la... paling kuat pun boleh gi space station sahaja. Pergi Bulan? Sori...).

4. Semua angkasawan yang menyertai misi pergi ke Bulan (tidak kiralah sama ada misi tersebut melibatkan pendaratan atau tidak) telah melalui program khas supaya boleh menyimpan rahsia sambil menjalankan tujuan2 sebenar misi.

5. Semasa misi dijalankan, mereka yang bertugas di “Ground Control Centre” di Bumi langsung tidak tahu menahu yang mereka sedang ditipu dengan footage dan data palsu yang kononnya dihantar oleh angkasawan ke Bumi. Footage palsu ini sebenarnya dipancarkan daripada studio khas di Bumi kepada angkasawan dan dipancarkan semula ke “Ground Control Centre”.

6. Semua misi ke Bulan langsung tidak melibatkan sebarang pendaratan. Kenapa? Habis tu, yang dok hantar orang ke Bulan jugak tu nak buat apa? Nanti akan dijelaskan apabila kita masuk Part 4 nanti di mana penerangan akan cuba dibuat tentang apa yang ada di Bulan.

7. Sehingga kini, secara rasminya dunia melalui semua pemimpin-pemimpin negara2 (termasuk Malaysia lah) menerima membuta-tuli (blind acceptance) bahawa usaha2 NASA adalah usaha2 terpuji dalam memajukan tamadun manusia. Walaupun terdapat banyak persoalan2 yang mula ditimbulkan kebelakangan ini oleh beberapa kumpulan saintis alternatif, ianya dapat disenyapkan dengan mudah dan NASA boleh menafikannnya sambil tertawa memperlekehkan kumpulan2 saintis ini.

Ramai di antara mereka yang mula mempersoalkan tentang misi Apollo11 akan berkata... “Macam ni jer la... apa kata kita carik Neil Armstrong... pastu kita tanya la dia... betul ke misi Apollo 11 tu berjaya? Dan kita tanya dia tentang pengalaman dia semasa menjalankan misi tu... suasana di Bulan macam mana... apa yang ada kat sana?”

Ya, bunyi nya memang macam mudah. Tapi Neil Armstrong selepas misi itu... beliau memang sentiasa melarikan diri daripada kemasyhuran dan mengelak daripada berbual tentang misinya itu. Kenapa? Adakah dia tak sampai hati nak meneruskan lakonan pembohongan NASA? Ini ialah salah satu link yang mungkin boleh menggambarkan kehidupan Neil Armstrong selepas misi Apollo 11... kelakuannya memang menimbulkan keraguan...


Edwin Aldrin dan Michael Collins juga mempunyai reaksi yang lebih kurang sama dengan Neil Armstrong. Ish... musykil... dah buat perkara yang hebat... lepas tu reaksi yang ditunjukkan oleh mereka ni seolah2 macam reaksi orang bersalah atau acuh tak acuh pulak.

Soalan lain yang boleh ditimbulkan juga... kenapa nama Apollo dipilih untuk siri misi-misi ke Bulan ini? Takder nama lain ke?

Tentang Bulan - part 2

Tujuan NASA ditubuhkan




Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera (macam mi segera la) tentang beberapa perkara... (i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan... Jarak Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi.


 



Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tak pernah pergi langsung ni... iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan ni dah jelas di dalam fikiran kita... elok la tu... tapi simpan dulu la yer gambaran ini.


Sekarang mari kita cuba fahami dulu tujuan NASA ditubuhkan.

NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Kalau ikut cerita rasmi yang diberitahu kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).

Apa yang mereka tak bagi tahu kat kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia pura2 sahaja berperang dingin dan wayang yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. Ala... sama la macam wayang yang dimainkan oleh BN dan PKR tu... depan kita bergaduh konon... tapi di belakang kita mereka sahabat karib. Yang penting, orang kebanyakan macam kita ni boleh diperas dan diperhambakan sambil diorang hidup senang lenang.

Ok..ok... balik semula cerita pasal NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan ialah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah... tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah.

Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka kena jayakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA: (i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan manusia2 yang mengetahui tentang hal sebenar Bulan dan angkasa lepas; (ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan keilmuan manusia; (iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun; (iv) Budaya moden yang berpaksikan Hiburan2 dan Aktiviti2 Rekreasi keterlaluan perlu disebatikan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini (nak lepaskan tension la kononnya) dan memandang lekeh sebarang nasihat atau peringatan; dan (v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah duduk di dalam poket mereka.

[Hal-hal (i) hingga (v) ni telah pun dikongsikan panjang lebar di dalam posting2 album NWO sebelum ini... tetapi disebutkan di sini juga supaya kita boleh lihat konteks yang menyeluruh]

Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah “maintain” sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan.

Misi awal NASA ialah menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 angkasa lepas. Dengan kata lain, biar diorang jer la yang pergi tengok apa ada kat angkasa lepas tu... kita tak payah la susah-susah. Nanti lepas diorang tengok... diorang balik la cerita kat kita. Pastu kita kira percaya jer la apa yang NASA cerita. Seperti yang kita tahu, telah lebih setengah abad kita ni dok percaya jer kat NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini tembelang mereka pecah berderai. Macam mana boleh pecah plak? Siapa yang pecahkan?

Misi mutlak (Ultimate mission) bagi NASA ialah menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” dan menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia. 

Rabu, 16 Mei 2012

Tentang Bulan - part 1


 
Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:

1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan.

2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi

3. Oleh kerana NASA dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat kaji Bulan... apa kelassss?

4. Pendek kata... pasal Bulan ni tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang mereka dah tulis tu. Memang takder apa kat Bulan tu.


Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance?

Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya kepada buku2 teks yang ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang sebenarnya.


Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu.

Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:

1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun... bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau

2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis? Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini.

3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan ni? Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni takder nilai untuk dikaji... Obama telah mengumumkan tidak lama dulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?

5. Persoalan seterusnya... daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadik kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan rasa saya gila... untuk ketiga kalinya... saya pohon jangan teruskan pembacaan anda.

6. Last but not least... timbul persoalan... apa pulak gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show" atau propaganda sahaja?

P/s:'saya' dalam artikel ini adalah penulis asal artikel.
So apa pendapat kalian? Part 2 akan menyusul.....